B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Wednesday, December 30, 2009

Malasnya nak masak!!!

Hari ni awal2 lagi laki aku dah request nak makan ayam masak lemak cili api. Ingat baru nak buat ayam masak merah. Lain kali la nampaknya. Semalam dia masak sambal ikan tongkol tapi rasa macam sambal sardin. Pelik tak? Dahla dia tak makan sardin. Padanla muka terkulat2 makan "sardin ikan tongkol" dia tu.

Nak kena singgah kedai plak. Kunyit idup ngan kentang takde. Santan pun kena tambah sekotak lagi. Ada tinggal setengah kotak je kat umah tu. Muak btol la masak lemak tu.... Nasib baikla aku dah boleh bedal semua. S.E.M.U.A. Takde dah mabuk2 jalanan lagi.

Hiissshh!! Kacau la, orang nak tgk citer korea pukul 7.30 mlm tu. Dah hari-hari follow macam best la plak.

Tuesday, December 29, 2009

Nak pergi ke tak ?

Sabtu ni asy (adik) dh nak balik kedah. aku plak dah terbukak mulut kat azra best jugak kalo gi jalan2 kat penang (sambil makan2).azra dah excited giler. mula- mula aku pun excited tapi makin lama makin tak excited bila pikir banyak benda nak buat kat rumah. balik jalan2 nanti mesti penat.
Nak cat rumah lagi, nak pegi beli barang baby lagi, nak servis kancil lagi, tak termasuk kerja rutin macam kemas rumah, iron baju dan sebagainya...
Tapi kalau tak pergi jalan2 sekarang bila lagi? Nanti anak dah keluar dah tak boleh nak enjoy dah berdua. Sekarang boleh lagi la jalan2 bawak backpack. Nanti dah ada anak nak kena bawak bakul susu, beg baju dia, diapers etc..
So kesimpulannya, pegi je la hantar asy pastu jalan2 kat penang. Aku nk gi penang ni sebab nak makan nasi kandar, laksa penang, kari kepala ikan dan macam2 lagi food orang penang ni. tu yang buat excited terlebih tu.
Tapi, rasa malas ni memang potong stim betulla...
Pegi ke tak? Tapi dah rasa 70% nak pegi sekarang nih. Pikir positif, pikir makan. InsyaAllah...

Friday, December 4, 2009

i just want to eat home cook meal. salah ke?

seriously i don't understand. if people tell you last minute that he/she is already on their way to your house, and you are in the midst of preparing dinner, should you just continue your business or call it quits and wait for them to arrive and bring them dinner somewhere instead? and you as well just arrive home after one and half hour drive from office. and pregnant. and need to wake at 6.00 am next morning.


you choose.


i choose to continue with my own business, doing my routine, and wait for the guest. of course, i will prepare extra food for the guest. and guest, please don't expect too much from me because you don't notify earlier.



i am sick. just sick.

Wednesday, December 2, 2009

Ehem!

Lllooooooooonnnnnnngggggggg silence...

And now i'm back!!

1. My last post was on June 27th. i was not in the best of health since July due to reason you-know-what lah kan

2. Feeling much better lepas raya but still not 100% ok.

3. Completely ok in end of Oct.

4. But then busy with preparation for you-know-what.

5. Still under preparation. Almost 50% completed. Pending the shopping part.

6. Start hibernate in February next year. Ooopppsss!! My sister getting engage in this month. Of all the months in a year...

7. End March/early April, welcoming the baby!!

8. Confinement until end May or early June.

9. July - sister 's wedding. Again, of all the months, dia nak jugak buat time aku tgh GEM_ _.

10. Aku free lepas nih.

And most of all kenapa aku tak memblog adalah kerana





I FORGOT MY PASSWORD





ingatkan kukudabacato, rupanya kuku........

Saturday, June 27, 2009

Akhirnya……Kini Pasti.

Entry ni untuk buat Fila kagum. Sila ye.

Kali ini, tanpa perancangan, aku dengan jayanya telah menge 'mop' rumah!!!!!!! Hooray!!! Hebat tak Fi? Tu la, lenkali jangan memandang enteng akan aku nih.

Semuanya bermula lepas balik breakfast kat Old Town White Coffee Sunway dgn Fila and Rabby. Janji kol 9.30 jumpa kat sana. Tapi..well u know Rabby kan,mestilah tak punctual. Jalan plak agak jam pagi td on the way ke PJ hantar member Rabby. Padahal baru kol 10.00 pagi. Akhirnya sampai gakla kat kopitiam tu 10 minutes before 11.00 am. Smpai je nampak Fila tgh bedal karipap yang terakhir dengan muka takde feel. Sorry la beb, blame Rabby.

Selalu kitorang jumpa malam after work tapi kali ni aku nak buat something out of the routine. Instead of kita jadi kutu embun balik rumah time anak ponti keluar carik makan, kita ikutla resmi ayam, kais pagi makan pagi. Ada hikmahnya. Kalo dah rajin di pagi hari, impaknya sampai ke petang. Kesan langsungnya, balik dari sesi ‘Breakfast at Tiffany’ tu, aku sampai rumah dlm pukul 1.45pm, tros bersemangat nak mop rumah sambil merebus kerang. Rajin kan aku?

Mesti korang pelik apsal mengemop rumah tu satu isu besar bagi aku? Sebenarnya belakang rumah kitorang ni ada construction, so rumah berdebu especially bila cuaca panas dan berangin. Bila dalam rumah kaki basah lepas keluar toilet, pijak pulak debu-debu jalanan tu ia akan menghasilkantompok-tompok noda kat tikar getah. Eeeiiiii…Sangat menggelikan.

So now u know why ‘mopping’ is my one big agenda every weekend?

Saturday, June 20, 2009

Saturday again!!

Yeay!!!!!!! Indescribable. Hujan pulak tu.Fuuhh!

No, this time around, aku takde plan nak mop rumah. Sebab aku dah tau kesudahannya.

I don’t know why, but this weekend was the most anticipated one among all. For the whole week, for every working day in the week, I could not focus on my work, not even a day. I don’t know, maybe I need to move on. Find a new job with a new working environment. Is that a solution? Or it is just escapism.


Staying too long at one company sometimes give you more harm than good. It’s a sign for you to make a move when you start to feel boring, unfocused and lazy at work. You are no longer eager to wake up in the morning and dress up to office. Things get worst when while in the office, you just blog-hopping whole day whole week. I did that, the whole week. My God!


I got an offer from one big company last week. They are willing to pay me good. I appreciate that. But the terms and conditions irritated me. The most irritating one is maternity leave only applied after 1 year of service. WTH?? Not that I’m saying I’m pregnant now, but what IF…???? Man, please think like a normal human being. You big company, you have taken most of our time for work, now you want our life also? You are too much.


I realized one thing, in my field, for a woman once they are married the chances to get to change jobs in the same field is almost zero. I noticed that. It’s quite frustrated. We are just married, not mentally retarded. I don’t know, if I had a chance to be in the employer position one day, I may be like that also, who knows?

Things happen for a reason, I believe that.

Tuesday, June 2, 2009

It was just another weekend…

Well, as expected rumahku ini tetap tak ber ‘mop’ spt mnggu2 lepas jugakkk!! Ahahaha…Takpela…minggu depan je la.

Hari tu aku dah nak start menge’mop’ dah. Dah siap vacuum satu rumah. Rehat kejap. Bace paper online. Ade lak plak kesah pasal artis merampas laki org ni. Pulak!!! Tak abis2. Tapi kali ni versi berhemah punya. Perampas ni bertudung. Tak nak ckp sapa.
Nama je lah kan bertudung tutup aurat bagai tapi perangai tak seiring ngan pemakaian. Sama la ngan laki orang tu. Sibuk bagi nasihat kat orang, sendiri cakap tak serupa bikin. Dunia akhir zaman. Yang perempuan perampas tu boleh cakap besar lagi. Marahkan bini laki tu siap cakap berani ke nak semuka ngan dia??? Wah3x!! Macam takde otak punya orang. Apasal penulisan aku dah macam kak pora ni???

Sebenar2nya yang buat aku hangin pasal perampas2 laki orang ni sebab aku penah ade experience camni la dulu. Not directly my experience la, but my 2 ex-housemates. (plural). Sama kes cam kat atas la. Bertudung bagai.

Kes 1

Mula2 berkawan tak tau tu laki orang. Seminggu dua lepas tu baru tau and teruskan jugak. Aku dah warning jangan. Pastu dah pandai bawak balik rumah. Nak tumpang sembahyang katanya. Aku ok je. Yelah, orang nak sembahyang kan? Sekali, dua kali dan seterusnya berkali2. Aku dah suspect lain. Apa?? Tak jumpa masjid ke orang nih asyik nak tumpang sembahyang rumah orang? To make story short, aku dpt detect laki orang tu siap bermalam kat rumah tu sebilik ngan housemate bodoh (kunamakan bodoh 1) ku itu. Camane aku tau? Allah tunjukkan jalan. Bodoh 1 ni macam sewel sikit. Bini orang tu call dia marah2 cakap jangan kacau laki dia, dia buleh gelak2 kat tepon?? Marah kan pulak bini orang tu cakap tak pandai jaga laki. Ko ni memang sewel la aku rasa.

Kes 2

Juga bertudung bagai. Kenal ngan laki orang ni masa laki tu baru 4 bulan kawen. Tahun kedua bercinta ngan laki orang tu, bini laki tu mengandung. Frust. Tapi teruskan jugak bercinta. Aku jumpa minah ni (kunamakan bodoh 2) masa tu dia dah 4 tahun bercinta ngan laki tu. Anak laki tu dah umur 2 thn pun masa tu. Sama kes gak ngan bodoh1. bawak masuk rumah. Tidur sebilik. Yang ni wah!!siap laki tu masak2 kat rumah kitorang. Yang ni aku malas nak cerita sangat sebab aku jumpa dia pun masa tu dia dah 4 tahun ngan laki tu. Masuk tahun ni dah 5 tahun la ko menunggu nak kena pinang ngan laki tu ye??? Tunggu je la lagi 5 tahun. Genapkan 10 tahun bercinta. Baru la cinta agung namanya.


Sebabkan 2 kes di atas, aku pun mengeluarkan diri dari rumah tu. Habis cerita.

Moral of the story, dah tau laki orang, kenapa nak tros berkawan? Memangla laki orang tu cakap dia tak bahagia la, bini dia camni la, tak pandai borakla. Semua yang buruk pasal bini dia semua cerita. Rumahtangga mana takde masalah? Tak bergolak? Kehadiran bodoh2 ini (read:orang ketiga) sebenarnya memang sengaja nak menambahkan kekusutan yang ada. Pikirla, laki jenis apa yang boleh ceritakan keburukan bini sendiri kat pompuan lain selepas segala pengorbanan si isteri lakukan. Mungkin isteri tu tak perfect, tapi ko tu pun maksum sangat ke? Suami isteri kenalah terima kekurangan masing2 seadanya. Mencari pihak ketiga adalah satu kesilapan yang amat besar. Tiada ampun punya.

Pihak ketiga pula, seperti yang aku dah cakap tadi, adalah di kalangan orang yang otak di letak bukan di tempat sepatutnya. Cinta tak mengenal siapa konon. Cinta itu buta la. Tanya diri sendiri, kenapa nak butakan mata, butakan hati sendiri?

Hidup kita, kita yang mencoraknya. Every single thing that we do today will be our history. What kind of history that you want people to remember about you someday? You decide now.

Note : True story kat kampong aku. Sebab maknya hidup liar di waktu muda, sampai skarang anak daranya tak di pinang orang. Status diragui katanya. Padahal anaknya cun cun belaka. Salah siapa? Ini ke yang kita nak wariskan kat anak2 kita nanti?

Saturday, May 30, 2009

In the mood for blogging……. (Not!)



It’s Saturday finally. Heaven!!!!

So many things I wanted to do when weekend comes but eventually nothing is done. That’s so me. For example, aku nak mop rumah. Seluruh rumah ini. So, tunggu weekend. Weekend datang…..dan pergi. Takpe, minggu depan ade lagi. Weekend datang lagi. Dan pergi lagi. Weekend tetap datang lagi minggu depan dan tetap pergi begitu saja. Sehingga lima enam kali weekend, rumah tetap tak ber‘mop’….sehingga sekarang ini. Dah akhir bulan May dah.

Herannye, kenapa every time weekend, level hormone M dlm badan akan meningkat dgn drastic? Ape hormone M tu? Malas nak cakaplah. Carik sendiri.(Ini clue tau).

Ohh!! Hari ni aku teras a seperti nak pegi jalan2 dan melakukan sedikit therapy utk diri (read: shopping). Ingin mencari sehelai jeans vogue untuk meningkatkan ke’vogue’kan aku ni supaya selevel dgn hormone M aku. Apa aku bebel ni.

I better pen-off now. Sebelum mengarut tak tentu pasal…….

Wednesday, April 22, 2009

Kita Bertemu di Mersing....

Yeay!!! We are off to Mersing this weekend. This is going to be my first time ever to have a long-journey-getaway with my dear husband and with my dear friend as well after we, me and friend both get married. Paham tak? Well, let me explain.

Remember last time I mentioned about our trip to JB to attend a friends’ wedding? And me and husband planned for a mini-honeymoon after that at Mersing and later the planned was cancelled due to... ‘unavoidable circumstance’. Well, this time around we gonna make it happen. We are going to Mersing and meet my friend there. Kawan yang kawen ari tuh la! Wah!!! Double-honeymoon!! Ada ke istilah tu? Double-date ada so I confident double-honeymoon pun ada. I’m so excited and can’t wait for the time to come. Masuk opis pun tanpa perasaan dah ni.

So Nurul, kita jumpa di Mersing ya???!!


I truly believe this;

Sharing sorrow is half sorrow
Sharing happiness is double happiness…..

p/s : Excuse my English. If any error spotted, please correct me especially you, Azra. This is one way to improve my English.

Tuesday, April 14, 2009

C.I.P.A.N....

Aku ade bos. Dia adalah cipan. Sangat cipan. Kaler hijau. Memang sebijik macam cipan. Tak ade lain melainkan cipan.

Sekian.

Tuesday, March 17, 2009

teach me how to make money. please.....

1. terminate astro
2. terminate wimax
3. makan ubi/keledek rebus seminggu 3x
4. hari2 lain makan nasik lauk telur & ikan bilis
5. jgn on kipas. sila guna kipas tgn
6. jgn pasang lampu. guna candle atau cahaya tv
7. buang aquarium
8. beli barang kat pasar borong secara borong utk stok 3 bulan. nescaya murah
9. ubahsuai baju2 lama
10. avoid jusco equine (paling bahaya), tesco ampang or giant kinrara
11. basuh baju pakai tgn
12. iron baju pakai arang
13. and etc

sanggup tak??? Nnggakkk!!!

Macam ni la org zaman dulu survive. sebab tu walaupun keje kampung anak 10 orang tetap membesar dgn jayanya. sekolah smpai abis.

Zaman sekarang??? Mak bapak sorang pun tak terjaga. pow lagi ada. *sigh*

R.E.A.L.I.T.I.

Friday, March 13, 2009

Journey to the South!

I’ll be travelling to JB tomorrow to attend my best friend, Nurul Jannah’s wedding on Saturday. So today, after work me and Azra (husband) will be headed to Segamat and early morning tomorrow, we’ll be on the road. We haven’t had the opportunity for honeymoon yet but for me, that’s not the issue. We planned to have a mini-honeymoon at Mersing, Kota Tinggi after attending Nurul’s wedding but I believe that Allah has a better plan for us. Tomorrow also, is the 100th day Atuk left us. There’ll be a tahlil after Isya’, so we have to rush back to Segamat after the wedding.

Azra was Atuk’s favourite cucu, it’ll meant a lot to him if he can be there for tahlil, eventhough he told me that we can ‘escape’ the tahlil if we cannot make it. Alah, just honeymoon, tahun depan pun boleh honeymoon lagi. Mersing je pun. Unless la kalo dah tempah flight ticket ke New Zealand, ha, yang tu baru aku boleh bersikap pentingkan diri sendiri.

Thursday, March 12, 2009

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N

I don’t have many friends in my life, but what I have now are the best friends I ever had. A friend who can accept me just the way I am. Who can accept all the goods and bad about me, and they never complaint. Even if they did, they make it sure to do it the softest way they can. As long as I remember I only have 1 friend from my *childhood, several from my **teenage-hood and one or two from my ***adulthood. (See foot note).

I was on the long tele-con with one of my best pal from my adulthood. She’s married a year early than me and now is blessed with a daughter. (I named her Dos for Nando’s). She told me about her conversation with one of our friend (who was ‘sudi’ to be friend with me and Dos while we were in college). Me and Dos memang takde kawan and it was by choice. Don’t ask us why, but we were happy then.

Let me quote a bit the conversation between Dos and our friend, which really made me $%*&#@**. Here goes;

Friend :Eh! Z** keje kat T******* ek?
Dos : Haah! Apsal lak?
Friend :Terror tu. Padahal dulu aku lagi terror. HAHAHAHAHA!!! (dulu tu maksud dia masa kitorang kat U la)
Dos : **blank**
(Dalam hati dah &*%$@#$^^&&&*&)

What the h**l??? And why I was so annoyed?

Apsal dia gelak lepas dia cakap dia terror? Dia ingat lawak?
Dia rasa dia terror ke? Kesian, sbb aku tak rasa pun dia terror.

Kenapa dia boleh rasa dia terror? Sbb mungkin la pointer dia tinggi sket kan. Tapi layak ke dia berbangga dgn pointer dia jika setip exam dia tak kira apa subject dia akan bawak toyol? (Toyol = nota kecik utk meniru). Jangan ingat kitorang tak tau tabiat ko tu!

Z** mungkin tak outstanding masa kat U, tapi aku tau dia rajin. Sebab tu dia end-up jadi engineer kat T******* and kau jadi ******. And aku jugak tau, Z** tak bwk toyol masuk exam. Kalau dia bawak sekalipun, dah rezeki orang tu nak jadi engineer, tak kesahla dia terror ke tak, kan? Aku personally rasa Z** punya pointer lagi tinggi dari orang nih. Tapi Z** tak penah nak heboh2.

Aku dan semua yang disebutkan di atas adalah satu course masa kat U. Yes, kitorang ambik degree in engineering kat one of the IPTA, but sad to say, tak semua orang end-up jadi engineer. Satu yang aku pasti, based on my personal observation, orang2 yang berjaya jadi engineer ini adalah orang2 yang tidak menipu ketika exam dan ikhlas belajar. Ehem! Dan orang2 yang berjaya jadi engineer ini bukan semua yang pointernya tinggi. Tapi, Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki dan KEBERKATAN ilmu yang dicari. InsyaAllah.


To “friend” – serius aku kesian kat ko.
To Z** - Allah blessed you
To Dos – next time please remind me to make an entry about

If you are born with wings, why prefer to crawl?

Yang bermaksud;

Sekiranya anda ada degree engineering dan SPM aggregate 9, kenapa anda jadi
penjual sabun??

No offense pada penjual sabun, just curious tentang seorang lagi kawan yang suka mencanang2kan result SPM dia. But later we found out that actually she purposely missed the 1 before the 9. Came on la! Orang mcm ni pun ada ka???








Foot Note:
*From kindergarten to primary school
**Secondary and university years
***After graduated until present

Thursday, March 5, 2009

Me in March...

Me in March…

There’s nothing special about March, actually. It’s already 5th. Since my wedding last January, my life is just flowing. Nothing unusual happen. I have to put a stop to it. I mean if life is going to be like this, heading nowhere, I’m afraid that at certain period I’ll be de-motivated. I don’t want to be de-motivated. I’ve been there once and it was bad. Really bad. Mandom!

Aku adela plan2 nk further study, but knowing myself very well, I don’t think it’s a good choice. Aku mmg malas belajar. Dari dulu lagi. Buat degree pun nasib je lepas. Hiiisshh!! Mmg malas la nk mengadap assignment la, kuiz la, test la…..Horror!! Aku penah dpt markah 0 tau utk 1st test. Subject Mass balance. Dah la tu carry mark ke final. Tawakkal je masa tu. Dah set dah kat otak, kena repeat pun repeatla. Takde hal. Tapi nasib baik lepas cukup2 makan. Syukur…tau kenapa buleh dapat 0? Sbb aku sibuk wakil kolej main bolatampar. Mlm beforeexam tu ade match. Habis match dh penat, mana smpt study. Bnyk giler la tentang kemalasan aku kat U. To those yg rapat ngan aku kat U mesti tau bnykla hal kemalasan ni. Lindos especially. Ingat tak kita gi mkn Kenny Roger’s kat Mines padahal esok ade test Thermo?? Dgn alasan, blaja mcm nk rak pon mesti tak bleh score!! Tapi kita scorer kan Dos?? Hehe.. Tu subject Dr Amran tu, Oil and Gas Engineering, ade kita study sblm masuk exam? Takde kan? Tgk aper kita dpt? LULUS jugak!! Grad jugak kita akhirnya dengan sungguh bergaya. Gaya mesti ada. Itu mesti!!

Selain dr nk further study antara option yg still under consideration ialah belajar menjahit. Tp planning bila nak start tu blom ada sbb nk ambik cert pun kena pakai duit. Ingat murah?? Basic setakat jahitan tgn tu dah ada, guna mesin jahit pun tau. Tinggal nak kemaskan jahitan je la. Option yg harus dipertimbangkan seseriusnya.

What else? Wah! Cara ckp aku mcm org tak bekerja je. Tapi pegi keje pukul 7.45 pagi and balik sampai rumah pukul 7.00 malam masih membosankan aku. Bagaimana??

Friday, February 20, 2009

recession...how you cope with that??

Dah rasa bahangnya? I guess so. Life’s getting harder. I speak in general, not pointing to anybody or any people. Living in the low to medium class neighborhood in KL, I can see people are now being very cautious in their daily spending. Dulu masa baru2 pindah sini, kedai mamak kat bawah tu asyik full house je. Skarang, nak nmpak sorang dua pun susah. Tapi makin bnyk plak gerai2 kecik yg tumbuh. Masing2 berusaha nk carik rezeki lebih. Dengan cara yg halal. InsyaAllah.

Tapi ade jugak yg pendek akal buat benda yg bukan2 sbb nak carik duit lebih. Mencuri merompak tu tak payah ckpla. It’s daily affair. Just this morning I received an email from a friend warning on the new tactic of merompak. Modus operandi through taxi driver. Sasaran dia adalah penumpang2 taxi la. Nak hidup kat dunia ni pun susah. Bukan nak jadi kaya pun. Nak jadi kaya tentu2 lah bukan senang.

Siapa yang tak rasa dgn bahang krisis ni? Sedikit sebnyk mesti terasa. Ada apa dengan RM50 kalau pegi ke pasaraya? Berapa bnyk brg je la yg boleh dibeli? Barang2 keperluanla contoh barang2 masakan, sabun, minyak masak dan sbgnya. Baju2 ke, fesyen accessories tu tolak tepi dulu. Let me do my own calculation based on my needs dlm seminggu roughly. See below;

Minyak masak sekampit – RM 2.50
Ikan kembung 2 ekor (besar sikit) – RM 5.00
Sayur2an random dlm 5 jenis – RM 7.00
Ayam ½ ekor (saiz sederhana) – RM 8.00
Susu pekat manis – RM2.20
Kopi/The/Nescafe – RM 7.00 (sekampit)
Biskut – RM 10.00 setin
Udang/sotong utk rencah masakan – RM 8.00
Santan/cili padi/ikan bilis/bawang dsb. – RM 10.00
Telur (10 biji-yg gred C punya) – RM 3.50

Total = RM 63.20

Dan seterusnya…

Ini senarai yg i ingatla bacoz every week masuk supermarket carik brg2 tu. Tu pun tak cukup RM50. Mungkin some say that biskut setin tu tak perlu. But for me and husband, biskut tu keperluan becoz both of us jenis ambik breakfast hari2. Kadang2 org dtg rmh takkan nk hidang air bujang je kan? Biskut2 tu kenala standby. Tak termasuk kalau sedara2 nk dtg rumah tumpang tidur. Makan minum dia kita kena pikir jugak kan. Walaupun diorang tak mintak. Tu blom perbelanjaan minyak keta ke opis hari2, mkn kat opis dll. Oh!!!Pening kepalaku. But Alhamdulillah, dgn rezeki Allah buat masa ni semua serbi cukup bagi aku. Kira2 di atas utk 2 org punya perbelanjaan since aku berdua je skarang. Mcm mana dgn org yg ada anak2 dua tiga org ye? Masya Allah, semoga Allah memberkati rezeki kita semua.

Wednesday, February 11, 2009

happily married woman!

today i'm now officially 19 days married. ;)

life 's been like usual. takde ape yg berbeza sgt except that i now have a housemate. before ni kan duduk menyewa sorang2. walaupun sorang tapi sgt heaven. sewa ramai2 like hell!!! pls don't remind me of that. of manusia yg bertopengkan syaitan. nmpk mcm manusia tapi sebenarnya setan gondol. dan spesis ni adalah sgt merbahaya. pada sapa yg tau, taulah. yg tak tau interprete la ikut versi sndiri.

i'll upload my wedding pic later sbb...well to be honest aku takde pun simpan gmbr kawen sndiri. kena tanya sesapa yg ade ambik gmbr ari tu. rasanya family aku ade kot. nantila carik!

Thursday, January 15, 2009

one more week to go...

hmm...tinggal seminggu lagi to my big day. tak rasa ape sgt lg, semua benda2 besar pun dah settle. ok la kot. tunggu nk dpt gelang je la lagi..aku plak demam last week smpai 4 hari. demam dak ok batuk plak. aku kalo batuk ni yg malas, mmg ambik mase lama nk baik. sekarang ni tgh batukla ni. pastu semput. *sigh*. nk buat keje aktif2 pun tak larat sebab semput. but looking at the bright sight, better la aku sakit skarang dr sakit mase kenduri nnt. lg haru cmtu. dahla kita jd centre of attention, nnt kalo sakit nak senyum pun tak daya, orang mengata pulak..tau2 la dok kampung ni.

last jumaat, sempat lepak2 ngan my 2 exdormmates zaman skolah. diorang sanggup dtg rumah just nak lepak2 and spent time together2. the sweet thing is eventhough we didn't see each other for quite some time, no calling2 or whatsoever, still we can chit chat like we used to masa skolah dulu. see...sometimes, bestfriends don't have to see each other frequently but in each heart, they are truly stay forever. my dear x-dormmates phy, rebik, shikin, zarep,kemme,amiey, angie and ikeen, wherever you are i wish that each of us will treasured our friendship as the memories remained. ingat tak camane kita nak melarikan diri dari combi sbb escape smbhyang maghrib berjemaah? tgh2 lari ade la seseorang tu jatuh sbb terpijak air betul2 depan combi??dan kita yang tak jatuh ni terus lari menyelamatkan diri, tinggalkan member kita sorang tu deal dgn combi?? jahat kan kita semua??and to seseorang you-know-who-you-are, since aku tak penah mintak maaf sebab kes tu seumur hidup ni, hari ni aku dgn rasa rendah diri nk mintak maaf kat ko ye. kalo dulu aku biarkan ko jatuh dan bangun sendiri, aku harap kali ini aku berkesempatan utk tebus kesilapan aku dulu dengan tetap bersama2 ko, susah senang ko utk mengharungi kehidupan kita yg semakin mencabar ini bersama2. ingat ye, bila ko susah, carik aku tau??ko tau mana aku tinggal kan?
dan kepada seseorang yg lain pula, kita mgkin tak serapat mana mase kat dorm, kita tak pernah sekelas atau clash ape2 aktiviti mase kat skolah, but we danced on the same music (pls excuse my english ya??i know you are very2 good in english). kita terkinja2 bersama-sama. thanx sbb sudi menyerapkan aku and amiey ke dlm group ko walaupun korang dh cukup korum. eventho dh sgt2 terlewat utk ucapkan terima kasih, still aku nk ko tau it was meant a lot to me. and past is past, for today, tomorrow and future, i want you to remember that you'll never be alone yaa, we have each other's arm, please get use to the facility. ko pun taukan rumah aku? carikla aku ye especially bila time bulan puasa. kita berbuka sama2 ye? jgn buat aku rasa sedih dengar ko buka posa sensorang kat opis tau!
niat di hati nak tulis pasal menanti hari bahagia, kenapa jadinya kenangan semusim di desa?dan aku tiba2 jadi rindu untuk kembali ke ke desa itu. desa tun namanya.

lari tajuk itu adalah kelebihanku!

Tuesday, January 6, 2009

there's life after wedding, and it is not always a bed of roses

True enough.

Sambil duduk kat opis takde keje nak buat sebab takde projek masuk, aku melayarila forum kat internet. so masuk satu forum yg discuss perihal kawen2 ni. aku tertarik dan aku pun join as silent reader. best jugak, masing2 bg pendapat from different point of view and mostly they are true.

i don't want to comment on their comments, tapi aku nk comment tentang impact dari comment diorang tu ke atas aku. after reading, aku rasa sedikit lega kerana at least i know pemikiran aku sealiran dengan kebanyakkan mereka iaitu tak perlu berhabis untuk majlis kenduri, buatlah sekadar yang termampu. selama ni aku rasa seolah2 aku ni 'pengantin kedekut'. Semua nk kena budget, takde majlis sanding sebab taknak sewa pelamin, takde fotographer sebab charge diorang mahal, takde salin2 baju korea, jepun, cina dan sebagainya, takde kompang dll. Yang ada hanya majlis akad nikah, doa selamat dan makan beradab sebagai meraikan pihak keluarga lelaki yang bertandang dan jamuan makan utk orang kampung, sedara-mara dan kawan2.itu aje. perbelanjaan utk itu pun sudah mencecah rm10,000. lembu seekor pun sudah rm2,200. belum masuk bahan2 mentah lain. tapi aku berpuas hati menghabiskan rm10,000 utk jamuan makan drpd membayar sewa pelamin, salin2 pakaian dsbnya. terpulang pd individu. tepuk dada tanya poket sendiri.

aku sebenarnya nak komen tajuk kat atas tapi lain yang aku bebelkan. agaknya, inilah sebabnya Bahasa Melayu aku masa SPM A2 aje. sebab karangan lari tajuk...itu perkara biasa bagi aku. ;)

Friday, January 2, 2009

happy new year everyone

welcome 2009!! setahun melangkah kematian....setiap kali new year, itu yg aku ingat. ahh!!sgt tertekan. ni kesan dr mendengar ceramah2 di zaman persekolahan dulu la ni. of all the things about new year, ni lah satu2nye yg terlintas di fikiran separa warasku.

but 2009 is a new beginning for me, at least. skarang preparation pun dh almost done, tggl sikit2 je lg. now in the process nk menghantar invitation card. tp ramai yg dh lost contact sbb hp hilang before raya tu. satu hal plak nk menggali ni...hiisshh!!ni pun faktor penyumbang tekanan jugak ni. P=FA.

ade 3 weekend je lg sibuk menyibuk ni. pastu, hooorayyyy!!!!bnyk benda aku nak buat after kawen. paling utama, aku nk shopping puas2. selama ni since aku engaged last year, dah sibuk mengumpul utk kawen.hidup pun ala kadar je. baju pun tak berganti. tapi, alhamdulillah sekurang2nya keperluan asas cukup segala. nk merungut bnyk pun mcm tak sesuai sbb ade yg lebih susah dr aku. hidup kena berwasatiah. sekejap je lg nih. tapi semalam ade baju kat hush puppies tu berkenan sesgt. kalo tak pikir panjang, aku dh rembat dah 3 helai tu..

sabar.....