B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Saturday, June 27, 2009

Akhirnya……Kini Pasti.

Entry ni untuk buat Fila kagum. Sila ye.

Kali ini, tanpa perancangan, aku dengan jayanya telah menge 'mop' rumah!!!!!!! Hooray!!! Hebat tak Fi? Tu la, lenkali jangan memandang enteng akan aku nih.

Semuanya bermula lepas balik breakfast kat Old Town White Coffee Sunway dgn Fila and Rabby. Janji kol 9.30 jumpa kat sana. Tapi..well u know Rabby kan,mestilah tak punctual. Jalan plak agak jam pagi td on the way ke PJ hantar member Rabby. Padahal baru kol 10.00 pagi. Akhirnya sampai gakla kat kopitiam tu 10 minutes before 11.00 am. Smpai je nampak Fila tgh bedal karipap yang terakhir dengan muka takde feel. Sorry la beb, blame Rabby.

Selalu kitorang jumpa malam after work tapi kali ni aku nak buat something out of the routine. Instead of kita jadi kutu embun balik rumah time anak ponti keluar carik makan, kita ikutla resmi ayam, kais pagi makan pagi. Ada hikmahnya. Kalo dah rajin di pagi hari, impaknya sampai ke petang. Kesan langsungnya, balik dari sesi ‘Breakfast at Tiffany’ tu, aku sampai rumah dlm pukul 1.45pm, tros bersemangat nak mop rumah sambil merebus kerang. Rajin kan aku?

Mesti korang pelik apsal mengemop rumah tu satu isu besar bagi aku? Sebenarnya belakang rumah kitorang ni ada construction, so rumah berdebu especially bila cuaca panas dan berangin. Bila dalam rumah kaki basah lepas keluar toilet, pijak pulak debu-debu jalanan tu ia akan menghasilkantompok-tompok noda kat tikar getah. Eeeiiiii…Sangat menggelikan.

So now u know why ‘mopping’ is my one big agenda every weekend?

1 comment:

efaifi said...

ye la, kagum sungguh nih! heehee