B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Tuesday, June 2, 2009

It was just another weekend…

Well, as expected rumahku ini tetap tak ber ‘mop’ spt mnggu2 lepas jugakkk!! Ahahaha…Takpela…minggu depan je la.

Hari tu aku dah nak start menge’mop’ dah. Dah siap vacuum satu rumah. Rehat kejap. Bace paper online. Ade lak plak kesah pasal artis merampas laki org ni. Pulak!!! Tak abis2. Tapi kali ni versi berhemah punya. Perampas ni bertudung. Tak nak ckp sapa.
Nama je lah kan bertudung tutup aurat bagai tapi perangai tak seiring ngan pemakaian. Sama la ngan laki orang tu. Sibuk bagi nasihat kat orang, sendiri cakap tak serupa bikin. Dunia akhir zaman. Yang perempuan perampas tu boleh cakap besar lagi. Marahkan bini laki tu siap cakap berani ke nak semuka ngan dia??? Wah3x!! Macam takde otak punya orang. Apasal penulisan aku dah macam kak pora ni???

Sebenar2nya yang buat aku hangin pasal perampas2 laki orang ni sebab aku penah ade experience camni la dulu. Not directly my experience la, but my 2 ex-housemates. (plural). Sama kes cam kat atas la. Bertudung bagai.

Kes 1

Mula2 berkawan tak tau tu laki orang. Seminggu dua lepas tu baru tau and teruskan jugak. Aku dah warning jangan. Pastu dah pandai bawak balik rumah. Nak tumpang sembahyang katanya. Aku ok je. Yelah, orang nak sembahyang kan? Sekali, dua kali dan seterusnya berkali2. Aku dah suspect lain. Apa?? Tak jumpa masjid ke orang nih asyik nak tumpang sembahyang rumah orang? To make story short, aku dpt detect laki orang tu siap bermalam kat rumah tu sebilik ngan housemate bodoh (kunamakan bodoh 1) ku itu. Camane aku tau? Allah tunjukkan jalan. Bodoh 1 ni macam sewel sikit. Bini orang tu call dia marah2 cakap jangan kacau laki dia, dia buleh gelak2 kat tepon?? Marah kan pulak bini orang tu cakap tak pandai jaga laki. Ko ni memang sewel la aku rasa.

Kes 2

Juga bertudung bagai. Kenal ngan laki orang ni masa laki tu baru 4 bulan kawen. Tahun kedua bercinta ngan laki orang tu, bini laki tu mengandung. Frust. Tapi teruskan jugak bercinta. Aku jumpa minah ni (kunamakan bodoh 2) masa tu dia dah 4 tahun bercinta ngan laki tu. Anak laki tu dah umur 2 thn pun masa tu. Sama kes gak ngan bodoh1. bawak masuk rumah. Tidur sebilik. Yang ni wah!!siap laki tu masak2 kat rumah kitorang. Yang ni aku malas nak cerita sangat sebab aku jumpa dia pun masa tu dia dah 4 tahun ngan laki tu. Masuk tahun ni dah 5 tahun la ko menunggu nak kena pinang ngan laki tu ye??? Tunggu je la lagi 5 tahun. Genapkan 10 tahun bercinta. Baru la cinta agung namanya.


Sebabkan 2 kes di atas, aku pun mengeluarkan diri dari rumah tu. Habis cerita.

Moral of the story, dah tau laki orang, kenapa nak tros berkawan? Memangla laki orang tu cakap dia tak bahagia la, bini dia camni la, tak pandai borakla. Semua yang buruk pasal bini dia semua cerita. Rumahtangga mana takde masalah? Tak bergolak? Kehadiran bodoh2 ini (read:orang ketiga) sebenarnya memang sengaja nak menambahkan kekusutan yang ada. Pikirla, laki jenis apa yang boleh ceritakan keburukan bini sendiri kat pompuan lain selepas segala pengorbanan si isteri lakukan. Mungkin isteri tu tak perfect, tapi ko tu pun maksum sangat ke? Suami isteri kenalah terima kekurangan masing2 seadanya. Mencari pihak ketiga adalah satu kesilapan yang amat besar. Tiada ampun punya.

Pihak ketiga pula, seperti yang aku dah cakap tadi, adalah di kalangan orang yang otak di letak bukan di tempat sepatutnya. Cinta tak mengenal siapa konon. Cinta itu buta la. Tanya diri sendiri, kenapa nak butakan mata, butakan hati sendiri?

Hidup kita, kita yang mencoraknya. Every single thing that we do today will be our history. What kind of history that you want people to remember about you someday? You decide now.

Note : True story kat kampong aku. Sebab maknya hidup liar di waktu muda, sampai skarang anak daranya tak di pinang orang. Status diragui katanya. Padahal anaknya cun cun belaka. Salah siapa? Ini ke yang kita nak wariskan kat anak2 kita nanti?

2 comments:

Unknown said...

Mak aku bukannye liar pon...

Tapi xde gak orang nak datang meminang aku...Aku ni kategori comel pe...hakhakahak

Camne tuh?Sian aku...huhuhu

normaziahnekmat said...

ape la ko ni lex..sorry if u're offended. itu citer kat kg aku. kisah benar. takde kena mengena ngan ko.

kes ko namanya jual mahal. orang nak ko tak nak.

pape pun ni berbalik pada soal jodoh. sapa lah kita nk meramalkan. betul tak?