B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Tuesday, July 20, 2010

A M.O.T.H.E.R… I am!

After a long story on delivery now I would like to share my own story as a mother. Sila skip kisah berpantang sebab ia tidakla seindah biasa. Yelah, takkanla nak kenang2 pasal sakit2 kat tempat jahit sampai lubang b**t*t ditambah tak membuang sehingga hari ke-10 tak termasuk kena hemoroid (buasir) sampai 2 inci terkeluar tahap tak boleh duduk segala. Ha, ko nak buat kenang2an menda alah tu? Kalo story detail2 kang confirm la aku tak nak beranak lagi.

So, mehla cerita pasal jadi ibu versi aku.


HARI BEKERJA

5.30 am – Bangun pagi. Siap2kan bag nursery anak, lipat kain baju, basuh baju baby,
Siapkan breakfast, bekal nak pegi keje segala.

6.15 am – Mandi, sembahyang and kalo anak tido lagi dapatla mengaji sekejap (which is
Jarang2 dapat buat)

6.45 am – Kejut husband and anak. Bagi anak susu and siapkan anak nak hantar ke rumah
Pengasuh. Mak pesan jangan hantar anak comot2 kat rumah orang.

7.15 am – Hantar anak dan terus gi keje ngan husband. Luckily husband and I dah sama2
Keje kat KL.

7.15 am – 8.15 pm – AT WORK ( NI TERMASUKLA TRAVELLING TIME FROM
HOME – OFFICE - HOME)

Sampai rumah dlm pukul lapan suku ke lapan setengah terus ambik anak. Naik rumah cepat2 kejar Maghrib laki bini.(kadang2 terlepas and am not proud of it)

Salah sorang layan anak, sorang lagi akan masak. Kalo anak nak kat aku time tu, aku la layan anak and husband masak begitula sebaliknya. Around 10 pm, put baby to sleep lepas bagi susu salin pampers segala then baru mandi isyak dan dinner (in random order).

Lepas anak tido, kalo larat iron baju keje, husband pulak kemas dapur, basuh baju baby, sterilize bottles dsbnya. Kalo nak kena sapu rumah ke, mop rumah kitorang akan buat malam la lepas baby tido.

11.30 pm – My bedtime. Heaven! Tak boleh tido lambat sbb takut tak tersedar mlm2 nnt
anak nak susu.(Normally dia bangun pukul 1.00 am and 4.30 am) By this
time pun badan dah lunyai dah tahap jalan pun langgar pintu dinding. Mind
you it really happened!

Thank Allah that I got a very supportive, cooperative and hardworking husband. Pejam mata je la dia tak penah bangun buat susu malam2 tido berdengkur tak ingat! Dia pun penat jugak drive kan aku pegi balik keje meredah ‘jam’ Bukit Bintang kalo hari hujan rela naik beskal sebab traffic tak bergerak-gerak. Oh, My!


HARI TAK BEKERJA

Relax sikitla kecuali kalo balik kampung. Nak kena packing pulak pagi2 Sabtu tu dengan beg susu, packing kain baju bawak turun stroller, bouncer bagai masuk keta. Itu bab packing. Belum bab menyiapkan baby mandi, bagi susu, tunggu dia membuang dan segala macam hal lagi.

Itu baru baby, belum kita punya urusan lagi. Dapat mandi, gosok gigi syampu rambut pun dah cukup bagus. Sampai kampung baru sedar perut tak isi ape lagi.

Apa-apa hal pun, one thing for sure, I really enjoy motherhood! Every second of it. Especially now my baby dah pandai senyum2 bila kita agah and dah pandai borak2. Priceless!


*Kisah di ata adalah sekiranya anak tak meragam tak nak tido ke apa ke. Kalo tiba2 angin
Kus2 datang tak nak tido mcm baru2 ni alamat smapai pukul 3 la aku dok melayan dia.
Nak bagi ubat batuk cap ibu dan anak tak sampai hati pulak. Tunggula besar sikit. Hihi!
Taknak tido je, nah ubat batuk! Gerenti terus tido sampai pagi.

** Takde aktiviti malam spt bwk anak ke klinik sekiranya tak sihat dsb. Penah kitorang
masak utk dinner at 12.00 midnight sebab bwk gi klinik utk imunisation jab lepas balik
keje and klinik ramai giler orang. Sorry la to penduduk2 flat kat situ tiba2 bau ayam
goreng pukul 12.00 malam. Tiada unsur2 pemujaan di situ kecuali ade satu famili terdiri
dari ibu dan bapa yang kebuluran tapi badan tak kurus2.


~OK DAH MERAPIK MERABAN SILALAH BERHENTI MENULIS SEKIAN~

Tuesday, July 13, 2010

A Story of My Own (My delivery Experience- 11th April, 2010)

Tajuk tak ingat! Padahal nak tulis pasal kesah bersalin je pun. Better put in point form sebab I don’t wanna miss all the important parts, which I think are worth to remember la.

Due date : 12th April 2010
Estimate Weight : 2.3 – 2.5 kg (according to Dr. Jameaton) – klinik for monthly check-up
3.1 (according to Dr. Fazlina) – doctor yg akan menyambut kelahiran
Di Az- Zahrah Bangi


28th March 2010 – Mak dah dtg dr kampung in case of bersalin awal.

29th,30th,31st and 1st April – Pegi keje mcm biase. Takde tanda2 nak bersalin.

2nd-9th April – On MC. Mak insist suruh ambik MC sebab takut bersalin dalam kereta.
Perut dah ke bwah sgt. Tapi aku still OK lagi. Kalo mak takde memang
aku gi keje la.

7th April – Pegi check up kat Az-Zahrah. Dr buat Vagina Examination (VE). Kepala baby
Dah ke bawah, tapi belom engaged lagi. Opening tak sampai 1 cm pun. Tapi
Condition ok. air ketuban bnyk lg, heartbeat baby pun normal.

Sepanjang MC masa dihabiskan dgn pegi berjalan2 dgn mak ke shoppig complex, pasar malam, kemas rumah dan sebagainya. Dr kata bnyk gerak boleh cepatkan opening.

10th April (The Day)

Pagi – lepak2 kat rumah. Malas dah nak jalan2 sebab ‘outcome’ nya takde. Tak bukak2 pun laluannya. Pasrah jela tunggu baby keluar. Masa tu pun dah pikir kalo baby still tak keluar after due date, memang kitorang decide nak induce je la walaupun tau sakitnya berganda.

Petang – Tetap maintain.

Malam – Maintain jugak. Tengok Final Piala FA N9 vs Kedah. Mama (MIL) nak dtg rumah nak menjenguk keadaan aku yang tak beranak2 lagi nih. Dalam kol 9 tolong mak masak mee goreng.

10.00 malam – Mama gerak nak pegi KLIA ambik adik ipar yg baru balik dari Korea. Aku sambung tgk bola sampai habis. Seri 0-0. Sampai habis masa tambahan pun takde gol2 lagi. Tapi aku dah ade rasa sakit macam nak membuang time ni. Pegi toilet tapi tak membuang. Rupanya itulah sakit contraction. Tapi tak kerap sgt la. Selang setengah jam rasanya. Takde la sakit sgt.

11.00 malam – Masa ni rasa sakit dah kerap. Selang 15 minit. Cakap kat mak rasa mcm nak membuang, tapi pegi toilet takde ape keluar. Mak cakap tu tanda nak bersalin. Mak suruh check ade tanda2 lain tak mcm keluar air ke darah ke. Pegi check oh!! Rupanya ada darah sket keluar. Aku pun siap2 la nak pegi hospital. Husband aku pulak yg gabra. Nak masuk toilet dulu plak. Dia dah menggigil dulu.

11.30 malam - Gerak ke hospital dgn husband. Aku suruh mak tunggu rumah sebab kat labour room nnt sorang je buleh masuk. Nasib baik barang semua dah standby dlm keta. On d way ke hospital tu contraction makin kerap. Selang 5 minit. Sakit pun dah makin kuat tapi still boleh tahan lagi Boleh borak2 lagi dgn husband. Siap singgah isi minyak bagai.

12.00 malam- Sampai hospital. Sakit makin kuat lagi. Dah tak boleh berdiri tegak. Jalan pun membongkok aje. Tapi boleh naik tangga tingkat 3 lagi. 2 kali berhenti sebab sakit contraction.

Sampai je kat counter check in aku siap cakap kat nurse tu “Nurse, saya nak bersalin”. Nurse 2 orang yang jaga kaunter macam terkejut je tengok aku macam takde pape. Bila aku bongkokkan badan sebab sakit baru diorang mcm kelam kabut. Husband uruskan document aku tros masuk ward. Since aku dah booking awal, nama dgn bilik aku dah direservekan.

Terus kena salin baju pastu nurse pun tros buat CTG scan utk check heartbeat baby. Tak lama pastu bidan dtg nk check opening. Oh! Dah 4cm terbuka. Terus masuk ubat utk keluarkan najis semua. Tak sampai 1 minit tros masuk toilet.

1.00 pagi (11th April) – Aku di bawa ke Labour room tingkat 2. Sakit pun makin kuat dah rasa. Macam nak patah dah pinggang. Nasib baik dah bagitau awal2 kat nurse aku nak guna epidural. Tunggu pakar bius datang. Sakit ya amat selang 2-3 minit tahap badan berpeluh-peluh dah. Apa berlaku kat keliling pun aku dah tak peduli sebab sakit sgt ok.

1.45 pagi – Pakar bius sampai. Siap2kan prosedur nak masukkan epidural. Sebabkan terlalu sakit, aku sampai tak rasa bila doctor inject kat belakang. Orang kata 1st injection epidural tu sakit but seriously aku tak rasa. Tapi aku sempat tgk jarum tu besar jugakla.

2.45 pagi – Selesai masuk epidural. Badan aku tros menggigil. Laki aku ingat aku sejuk tapi rupanya itu effect epidural tu. Barula boleh bernafas sikit. Takdela sakit contraction lagi. Thanks to epi.

3.00 pagi – Bidan dtg check opening lagi. Dah 7 cm. So dia target aku mungkin deliver dlm pukul 6.00 pagi consider 1 jam laluan bukak 1 cm. Sambil tu dia ajar cara nak push bila dah tiba masa nanti. Dida sip suruh tido lagi to save energy utk push. Korang rasa aku boleh tido ke thinking that in a few hours aku nak lahirkan anak aku sendiri? Confirm tak bleh tido punya. Borak2 ngan husband sikit2.

3.15 pagi – tiba2 sakit ya amat kat pundi kencing belah kanan. Mcm pundi kencing yg penuh dan dipijak2 org. Makin lama makin kuat. Tengok aku dah mcm tak tahan husband aku jerit panggil bidan. Bidan tanya sakit mcm mana. Aku kata mcm contraction. Rupanya tu bukan contraction. Tu sebab kepala baby dah nak keluar. Siap mintak diorang tambah dose lagi. Bidan check opening dah 9.5 cm. What?? In 15 minutes dah bukak 2.5 cm? Terus bidan panggil Dr. Fazlina, my gynea and prepare to deliver.

3.30 pagi – Lebih kurang time ni Dr dah kata OK, boleh push. First attempt, teknik aku ke laut. Jadi baby tak keluar. Bidan ajar lagi sekali secara perlahan2. Aku ikut arahan dia. Tiap kali contraction datang, kena tarik nafas dalam2 and push. Sekali contraction boleh dua kali push. Time ni mmg dah pasrah dah. Dgn sakitnya, dgn semput nafasnya. Time ni la baru aku rasa sakit bersalin ni mcm nak mati. Aku reda kalo kata nyawa aku tak panjang time ni, janji anak aku selamat.

3.50 pagi – Rasanya kali ke-6 push baby pun keluar dgn jayanya dgn berat 2.9 kg. Since aku on epidural, aku tak tau dia keluar. Cuma rasa mcm cecair panas keluar dr bwh tu. Aku push lagi tetiba Dr kata Eh! eh! Baby dah keluar. Tak payah push lagi..Laaa, yeke? Aku pun baringla balik tanpa ade ape2 perasaan. Serious tgh blank. Dr. letak baby kat perut aku suruh pegang. Pun takde ape2 perasaan. *Blank*

Bidan ambik bersihkan baby sedut2 apa yang patut. Anak aku punya nyaring dia punya suara menangis sampai guard kat bawah pun buleh dengar. Dr pulak setelkan aku keluarkan uri, darah kotor dan sesi jahit menjahit bermula. Pun aku tak rasa sakit ke ape sebab aku request painkiller pulak.

Baby dah bersih semua, bidan bagi kat husband aku utk iqamatkan kat labour room tu jugak. Masa husband aku tgh qamatkan baru dtg rasa sayu, terharu, tak percaya dan mcm2 rasa lagi smpai airmata aku mengalir. Sedih sgt time tu.

4.15 pagi – telefon mak kat rumah bgtau dah bersalin. Cakap ngan mak baru menangis. Camni rasanya mak bersalinkan aku dulu. Mesti lagi sakit sebab mak bersalin kat rumah je.

5.45 pagi – Baru selesai segala hal kat labour room. Aku pun ditolak naik ke ward. Barula spread the news on the arrival of our daughter. Nasib aku booking 1 room/person
So dapatla aku spend time ngan husband and baby sekejap sementara tunggu subuh. Husband aku later balik ambik mak kat rumah kitorang.

6.00 ptg – Discharge on the same day. Tak nak duduk hospital lama2 sebab kesian kat mak. Lagipun org asyik datang nak berehat dgn aman pun tak boleh. Bayangkan sepanjang kat ward aku tak tido pun.

Keluarla aku dari Az- Zahrah tu sebagai seorang ibu dengan bil RM2,069.75. Sangat berbaloi2. Terima kasih kat Dr. Fazlina and the team sebab menjadikan pengalaman bersalinku kali pertama ini sesuatu yang indah, mudah dan bermakna. Alhamdulillah. Bersalin tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Terima kasih semua.

Tuesday, July 6, 2010

S.T.I.L.L


Still...finding time to write about the delivery xperience.

Last night, for the first time ever since she was born, my daughter got sick. She had batuk and selesema. Sgt sedih ok tengok baby batuk-batuk, muntah dan sesak nafas. I almost cry to see her like that but then I remind myself that I'm a mother now. Whatever the situation is, no matter how hard and difficult to handle it, I have to be strong. If not me, who else? Cry only makes me weaker. It doesn't help at all.

And i didn't cry at all when I gave birth to her.It amazed me! It was painfull but i managed to endure it.