B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Monday, August 23, 2010

at 4 months and 1 week, adelia dah boleh meniarap. sambil tido pejam mata pun nak meniarap.

Wednesday, August 18, 2010

Diari Dulu, Diari Sekarang.

Dulu2 masa zaman2 remaja (sekarang pun remaja lagi, tapi kategori veteran), aku suka tulis diari. Tulis la pasal apa2 perkara yang berlaku seharian tu yg worth to remember. Masa skolah rendah tak ingat la plak ade diari ke tak sebab masa tu budak lagi kan? Tapi yg pastinya aku start gigih tulis diari ni start zaman skolah menengah la. Masa tu kan duduk asrama (penuh tau), semua orang kena stay hostel so macam2 hal la yang berlaku. Ade hal2 yg baik, yg tak baik, yg sedih, yg gembira, yg sakit hati, yg tak larat… waaa!!! I dah lupa mcm mana rasa tak larat tuh! Semua benda tuh mesti tulis kat diari. Habis form 5 diari tu la pengubat rindu kalo2 terkenang zaman sekolah. Bila2 terkenang zaman main volleyball, belek diari, ade cerita pasal volleyball. Training la, tournamentla, sumer ade tulis dlm tuh. Kadang2 teringat bulan puasa kat skolah, bukak diari baca pasal round compound, tadarus, terawih asyik mengantuk, outing pegi bazaar dan mcm2 lagi. Ingat kawan2, dormmates, classmates, formmates, toing2 sekalian pun bukakla diari tu. Terubatla rindu. Bestnya aku dulu nih kalo tulis diari suka describe satu2 kejadian tu secara detail and kalo ade gambar mesti aku lekat sekali. So, memang menggamit memori.

Habis skolah menengah, masuk matriks pun aku still gigih lagi menulis diari. Cerita lebih kurang sama la mase zaman sekolah dulu. Tapi zaman matriks ade beza sikitla sebab dah campur laki pompuan. So banyak sikitla tulis pasal boys. Minat2 tu biasala. Jumpa orang yg kita minat tu kat mana2 pun nak masuk diari. dia pakai baju ape pun tulis dalam diari. Kalo ade gambar siap lekat lagi kat page tu. Tapi matriks tak lama, 2 sem je so cerita pun tak banyak. Habis 1 diari je.

Masuk U makin banyak la cerita nya. Waktu ni pun kita dah makin dewasa sikit, tulis pun ala2 matured sikitla. Rasanya masa kat U aku punyer diari ade 3 kot. Oh ye! Diari aku ni simple je. Buku tulis kulit nipis tu je pastu aku wrap dgn wrapper yg cantik2. Style aku nih diari mesti sesimple mcm buku nota je. Reason kalo tetiba kita tertinggal diari tu kat mana2 org tak interested nak bukak. Mesti org ingat buku nota aku tertinggal padahal itula tempat tersimpannya segala rahsia hati. Masa kat U penulisan pun semakin memberat. Tak banyak sgtla hal2 remeh temeh gaduh ngan org itu ini masuk dlm diari ni. Banyak cerita pasal tesis, coursework, perancangan every semester dan kerjaya2 idaman. Hal2 cinta pun adelah sikit2 tulis bila perlu. Selalunya tak perlu lah. Diari zaman U ni lah yang aku paling suka baca sebab dari situ barula aku tau aku ni berwawasan sebenarnya. Contohnya, setiap kali semester baru bukak, aku mesti target berapa pointer yg aku nak for that particular semester. Most of it achieved. Satu dua sem je tercicir. Overall aku puas hatila masa yg aku spent kat U ni (based on personal observation baca diari sendiri) selama 4thn tak sia2…

Bila dah grad and dah keje, aku dah tak tulis diari dah..Eh adalah! Tapi tu organizer. Tulis meeting sana sini, dateline project, minutes of meeting and all other works related. Sangat tak best.

Bila dah berkeluarga plak, organizer aku nih pulak dipenuhi dgn angka-angka tertentu. Lagi sakit hati membaca. Tak payah baca pun just sila fahami sajela..Angka2 yang sebegini….


Loan keta : RM xxx
Sewa : RM xxx
Credit Card : RM xxxx
Parent : RM xxxx
PTPTN : RM xxxx

And the list goes on…. And on….

Silalah fahami isi hatiku ini… Disebabkan inilah, aku dah buang semua diari2 zaman dulu. Penat2 simpan tulis yang indah2 last2 end up dgn digit2 nih. Hmmm…


Sekianlah dulu kisah hidupku ye puan2!

Wednesday, August 4, 2010

OH! Fila....

Hanging out with you last few weeks reminded me of something that I really missed to do…….



Guess when I can do that again….

Tuesday, August 3, 2010

Penat...Teramat....

Oh! Aku sangat penat.... seriously!

Tapi tak boleh rehat....kerana bersama aku ade insan lain yang lebih memerlukan...

Segala perhatian, tumpuan dan kudratku...Dia yang mempunyai hak itu....

Dia adalah...anakku... Adelia Nur.

Sudah kenal orang maka hanya mahu dengan ibu abahnya sahaja...

AKU REDHA....Segala lelah terbayar bila dia senyum tanda dia sihat dan cergas.

Maka, aku telah merapu di sini... Melepaskan lelah itu di sini....