B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Tuesday, January 6, 2009

there's life after wedding, and it is not always a bed of roses

True enough.

Sambil duduk kat opis takde keje nak buat sebab takde projek masuk, aku melayarila forum kat internet. so masuk satu forum yg discuss perihal kawen2 ni. aku tertarik dan aku pun join as silent reader. best jugak, masing2 bg pendapat from different point of view and mostly they are true.

i don't want to comment on their comments, tapi aku nk comment tentang impact dari comment diorang tu ke atas aku. after reading, aku rasa sedikit lega kerana at least i know pemikiran aku sealiran dengan kebanyakkan mereka iaitu tak perlu berhabis untuk majlis kenduri, buatlah sekadar yang termampu. selama ni aku rasa seolah2 aku ni 'pengantin kedekut'. Semua nk kena budget, takde majlis sanding sebab taknak sewa pelamin, takde fotographer sebab charge diorang mahal, takde salin2 baju korea, jepun, cina dan sebagainya, takde kompang dll. Yang ada hanya majlis akad nikah, doa selamat dan makan beradab sebagai meraikan pihak keluarga lelaki yang bertandang dan jamuan makan utk orang kampung, sedara-mara dan kawan2.itu aje. perbelanjaan utk itu pun sudah mencecah rm10,000. lembu seekor pun sudah rm2,200. belum masuk bahan2 mentah lain. tapi aku berpuas hati menghabiskan rm10,000 utk jamuan makan drpd membayar sewa pelamin, salin2 pakaian dsbnya. terpulang pd individu. tepuk dada tanya poket sendiri.

aku sebenarnya nak komen tajuk kat atas tapi lain yang aku bebelkan. agaknya, inilah sebabnya Bahasa Melayu aku masa SPM A2 aje. sebab karangan lari tajuk...itu perkara biasa bagi aku. ;)

No comments: