B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Tuesday, July 20, 2010

A M.O.T.H.E.R… I am!

After a long story on delivery now I would like to share my own story as a mother. Sila skip kisah berpantang sebab ia tidakla seindah biasa. Yelah, takkanla nak kenang2 pasal sakit2 kat tempat jahit sampai lubang b**t*t ditambah tak membuang sehingga hari ke-10 tak termasuk kena hemoroid (buasir) sampai 2 inci terkeluar tahap tak boleh duduk segala. Ha, ko nak buat kenang2an menda alah tu? Kalo story detail2 kang confirm la aku tak nak beranak lagi.

So, mehla cerita pasal jadi ibu versi aku.


HARI BEKERJA

5.30 am – Bangun pagi. Siap2kan bag nursery anak, lipat kain baju, basuh baju baby,
Siapkan breakfast, bekal nak pegi keje segala.

6.15 am – Mandi, sembahyang and kalo anak tido lagi dapatla mengaji sekejap (which is
Jarang2 dapat buat)

6.45 am – Kejut husband and anak. Bagi anak susu and siapkan anak nak hantar ke rumah
Pengasuh. Mak pesan jangan hantar anak comot2 kat rumah orang.

7.15 am – Hantar anak dan terus gi keje ngan husband. Luckily husband and I dah sama2
Keje kat KL.

7.15 am – 8.15 pm – AT WORK ( NI TERMASUKLA TRAVELLING TIME FROM
HOME – OFFICE - HOME)

Sampai rumah dlm pukul lapan suku ke lapan setengah terus ambik anak. Naik rumah cepat2 kejar Maghrib laki bini.(kadang2 terlepas and am not proud of it)

Salah sorang layan anak, sorang lagi akan masak. Kalo anak nak kat aku time tu, aku la layan anak and husband masak begitula sebaliknya. Around 10 pm, put baby to sleep lepas bagi susu salin pampers segala then baru mandi isyak dan dinner (in random order).

Lepas anak tido, kalo larat iron baju keje, husband pulak kemas dapur, basuh baju baby, sterilize bottles dsbnya. Kalo nak kena sapu rumah ke, mop rumah kitorang akan buat malam la lepas baby tido.

11.30 pm – My bedtime. Heaven! Tak boleh tido lambat sbb takut tak tersedar mlm2 nnt
anak nak susu.(Normally dia bangun pukul 1.00 am and 4.30 am) By this
time pun badan dah lunyai dah tahap jalan pun langgar pintu dinding. Mind
you it really happened!

Thank Allah that I got a very supportive, cooperative and hardworking husband. Pejam mata je la dia tak penah bangun buat susu malam2 tido berdengkur tak ingat! Dia pun penat jugak drive kan aku pegi balik keje meredah ‘jam’ Bukit Bintang kalo hari hujan rela naik beskal sebab traffic tak bergerak-gerak. Oh, My!


HARI TAK BEKERJA

Relax sikitla kecuali kalo balik kampung. Nak kena packing pulak pagi2 Sabtu tu dengan beg susu, packing kain baju bawak turun stroller, bouncer bagai masuk keta. Itu bab packing. Belum bab menyiapkan baby mandi, bagi susu, tunggu dia membuang dan segala macam hal lagi.

Itu baru baby, belum kita punya urusan lagi. Dapat mandi, gosok gigi syampu rambut pun dah cukup bagus. Sampai kampung baru sedar perut tak isi ape lagi.

Apa-apa hal pun, one thing for sure, I really enjoy motherhood! Every second of it. Especially now my baby dah pandai senyum2 bila kita agah and dah pandai borak2. Priceless!


*Kisah di ata adalah sekiranya anak tak meragam tak nak tido ke apa ke. Kalo tiba2 angin
Kus2 datang tak nak tido mcm baru2 ni alamat smapai pukul 3 la aku dok melayan dia.
Nak bagi ubat batuk cap ibu dan anak tak sampai hati pulak. Tunggula besar sikit. Hihi!
Taknak tido je, nah ubat batuk! Gerenti terus tido sampai pagi.

** Takde aktiviti malam spt bwk anak ke klinik sekiranya tak sihat dsb. Penah kitorang
masak utk dinner at 12.00 midnight sebab bwk gi klinik utk imunisation jab lepas balik
keje and klinik ramai giler orang. Sorry la to penduduk2 flat kat situ tiba2 bau ayam
goreng pukul 12.00 malam. Tiada unsur2 pemujaan di situ kecuali ade satu famili terdiri
dari ibu dan bapa yang kebuluran tapi badan tak kurus2.


~OK DAH MERAPIK MERABAN SILALAH BERHENTI MENULIS SEKIAN~

2 comments:

fila said...

if aku bau ayam goreng tgh2 mlm aku x saspek ade pemujaan, tp aku marah laa selambe mkn x jemput ishkk

bile laa aku nk melawat baby ko ni, asyik demam batuk segale, x nak laa nanti jangkit kat anak ko plak

normaziahnekmat said...

haha! jemputla...memalu plak.

tgh musim sakit la skang ni. kitorang bertiga baru sihat dr demam, batuk dan yg seangkatan dgnnya.

u take care pls?