B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N

B.E.Y.O.N.D. H.O.R.I.Z.O.N
journey through a long winding road

Thursday, April 21, 2011

Adelia one year old

Tak sedar masa cepat sangat berjalan. Bila tersedar anak tiba-tiba dah setahun. Baru teringat, bila anak aku mula bercakap? Bila dia mula pandai mengamuk (macam ibu)? Bila dia dah start kenal (sgt mengenali) ibu dan abah? Bila gigi dia tumbuh sampai 9 batang dah? Oh God! Memang aku tak ingat. My bad...

Hari ni, Adelia setahun dua minggu, masih belum boleh berjalan. Tapi dah pandai berdiri. Bila dia start berdiri, jangan tanya. Sebab aku tak ingat. It's not that I don't care, I DO CARE but the excitement seeing and being with her everyday, just swept my ingatan away. One thing that remains is the feeling I felt inside. Contented.

I didn't do anything special for her on her 1st birthday. just a small makan2 with my family since Adelia shared the birthday month with Adam (my brother's 1st son). Cukupla, itupun courtesy dari mak cik dia nak buatkan majlis tu. Ikut Ibu, takde ape2 la jawabnya. Poor my daughter, Ibu so not into this party2 thingy. Again, my bad....

But one thing I can promise you Adelia, Ibu will always be there for you whenever and wherever you need me, from the day you were born till the day I die, I say WHENEVER and WHEREVER, during your ups and downs, through your thicks and thins I'll be there for you.

I can't promise you harta bergunung, intan berlian or harta berkepuk sebab itu memang ibu tak mampu but Ibu will make sure makan pakai Adelia cukup, mungkin tak semewah orang lain, tapi setiap bulan berganti. Your education and health are my top priority. Itu janji Ibu.

For the time being, i just want to enjoy and spend as much time with you so don't get bored with me. There will be time someday when you are a grown up and decided to live a life your own way, and then I'll let you free. Oh, i don't want to imagine that.

I meant to put your 1 year old photo here but i left the camera at home. Oh no, no. Ibu is working now and have lots of work to do, i'll put it later when i'm free. Please, Ibu bukan curi tulang. Mencuri kan tak elok. Ingat pesan Ibu? Ibu menaip ni dari rumah (dlm imaginasi) guna netbook abah. Adelia kan selalu nampak Ibu buat keje kat netbook?

Ok lah ye, sehingga bertemu lagi. Bos Ibu panggil!

Kantoi!




Friday, March 11, 2011

Something that I missed …. But I won’t do it again

Still ‘gemuk’ time ni

Samarang, Labuan back in 2007/2009

I had to supervise the installation and commissioning of the de-sander package.

Stayed on platform for maximum two weeks

Headache but enjoyed every second of it


But now if I’ve given a chance to go offshore again

I’ll definitely say NO

I rather stay HOME

Even if you pay me triple my current salary

I still say NO

I turned down one good offer before

And I don’t mind to turn down another one


ENOUGHLAH…

Friday, January 14, 2011

Let the pictures do the talking…..



Wah! Ape ni??


Ipad ke? Macam bukan...


Ni Pulak? Semacam je ni?


Eleh, remote astro je rupanya ....

Wednesday, December 29, 2010

Happy New Year


New Year again! It’s 2011 this time. There’s nothing new, nothing special. Just like every year. Fireworks here and there and free concert everywhere. I remain here, same goes with my resolution for the past years. But I still would like to welcome 2011 with open arms, open heart and open mind.

It’s new year again. It reminds me that my time will come sooner. If Allah gives me 60 years to live my life and I’ve spent the 29 years up to this day then I still have the balance 31 years to spend…. IF 60.

I’m thinking about my parents. And I should stop here…..

Friday, December 10, 2010

Journey to remember...

Adelia 'fresh from oven'

Sesudah beberapa hari


Semakin membesar....

..... dan membesar


Dan semakin bijak


Dan nakal


Still....I can't get enough of you!


Thursday, October 7, 2010

at 5 months, 3 weeks and and 3 days (4 days before exactly 6 months), adelia dah pandai menge'mop' rumah. sudah meniarap dan menjalar2 keliling rumah. adoi anak, ibu baru nk relax2...

Tuesday, September 21, 2010

at 5 months old, adelia dah tumbuh 2 batang gigi. alhamdulillah, tak demam pun. sonang ati den!

Monday, August 23, 2010

at 4 months and 1 week, adelia dah boleh meniarap. sambil tido pejam mata pun nak meniarap.

Wednesday, August 18, 2010

Diari Dulu, Diari Sekarang.

Dulu2 masa zaman2 remaja (sekarang pun remaja lagi, tapi kategori veteran), aku suka tulis diari. Tulis la pasal apa2 perkara yang berlaku seharian tu yg worth to remember. Masa skolah rendah tak ingat la plak ade diari ke tak sebab masa tu budak lagi kan? Tapi yg pastinya aku start gigih tulis diari ni start zaman skolah menengah la. Masa tu kan duduk asrama (penuh tau), semua orang kena stay hostel so macam2 hal la yang berlaku. Ade hal2 yg baik, yg tak baik, yg sedih, yg gembira, yg sakit hati, yg tak larat… waaa!!! I dah lupa mcm mana rasa tak larat tuh! Semua benda tuh mesti tulis kat diari. Habis form 5 diari tu la pengubat rindu kalo2 terkenang zaman sekolah. Bila2 terkenang zaman main volleyball, belek diari, ade cerita pasal volleyball. Training la, tournamentla, sumer ade tulis dlm tuh. Kadang2 teringat bulan puasa kat skolah, bukak diari baca pasal round compound, tadarus, terawih asyik mengantuk, outing pegi bazaar dan mcm2 lagi. Ingat kawan2, dormmates, classmates, formmates, toing2 sekalian pun bukakla diari tu. Terubatla rindu. Bestnya aku dulu nih kalo tulis diari suka describe satu2 kejadian tu secara detail and kalo ade gambar mesti aku lekat sekali. So, memang menggamit memori.

Habis skolah menengah, masuk matriks pun aku still gigih lagi menulis diari. Cerita lebih kurang sama la mase zaman sekolah dulu. Tapi zaman matriks ade beza sikitla sebab dah campur laki pompuan. So banyak sikitla tulis pasal boys. Minat2 tu biasala. Jumpa orang yg kita minat tu kat mana2 pun nak masuk diari. dia pakai baju ape pun tulis dalam diari. Kalo ade gambar siap lekat lagi kat page tu. Tapi matriks tak lama, 2 sem je so cerita pun tak banyak. Habis 1 diari je.

Masuk U makin banyak la cerita nya. Waktu ni pun kita dah makin dewasa sikit, tulis pun ala2 matured sikitla. Rasanya masa kat U aku punyer diari ade 3 kot. Oh ye! Diari aku ni simple je. Buku tulis kulit nipis tu je pastu aku wrap dgn wrapper yg cantik2. Style aku nih diari mesti sesimple mcm buku nota je. Reason kalo tetiba kita tertinggal diari tu kat mana2 org tak interested nak bukak. Mesti org ingat buku nota aku tertinggal padahal itula tempat tersimpannya segala rahsia hati. Masa kat U penulisan pun semakin memberat. Tak banyak sgtla hal2 remeh temeh gaduh ngan org itu ini masuk dlm diari ni. Banyak cerita pasal tesis, coursework, perancangan every semester dan kerjaya2 idaman. Hal2 cinta pun adelah sikit2 tulis bila perlu. Selalunya tak perlu lah. Diari zaman U ni lah yang aku paling suka baca sebab dari situ barula aku tau aku ni berwawasan sebenarnya. Contohnya, setiap kali semester baru bukak, aku mesti target berapa pointer yg aku nak for that particular semester. Most of it achieved. Satu dua sem je tercicir. Overall aku puas hatila masa yg aku spent kat U ni (based on personal observation baca diari sendiri) selama 4thn tak sia2…

Bila dah grad and dah keje, aku dah tak tulis diari dah..Eh adalah! Tapi tu organizer. Tulis meeting sana sini, dateline project, minutes of meeting and all other works related. Sangat tak best.

Bila dah berkeluarga plak, organizer aku nih pulak dipenuhi dgn angka-angka tertentu. Lagi sakit hati membaca. Tak payah baca pun just sila fahami sajela..Angka2 yang sebegini….


Loan keta : RM xxx
Sewa : RM xxx
Credit Card : RM xxxx
Parent : RM xxxx
PTPTN : RM xxxx

And the list goes on…. And on….

Silalah fahami isi hatiku ini… Disebabkan inilah, aku dah buang semua diari2 zaman dulu. Penat2 simpan tulis yang indah2 last2 end up dgn digit2 nih. Hmmm…


Sekianlah dulu kisah hidupku ye puan2!

Wednesday, August 4, 2010

OH! Fila....

Hanging out with you last few weeks reminded me of something that I really missed to do…….



Guess when I can do that again….

Tuesday, August 3, 2010

Penat...Teramat....

Oh! Aku sangat penat.... seriously!

Tapi tak boleh rehat....kerana bersama aku ade insan lain yang lebih memerlukan...

Segala perhatian, tumpuan dan kudratku...Dia yang mempunyai hak itu....

Dia adalah...anakku... Adelia Nur.

Sudah kenal orang maka hanya mahu dengan ibu abahnya sahaja...

AKU REDHA....Segala lelah terbayar bila dia senyum tanda dia sihat dan cergas.

Maka, aku telah merapu di sini... Melepaskan lelah itu di sini....

Tuesday, July 20, 2010

A M.O.T.H.E.R… I am!

After a long story on delivery now I would like to share my own story as a mother. Sila skip kisah berpantang sebab ia tidakla seindah biasa. Yelah, takkanla nak kenang2 pasal sakit2 kat tempat jahit sampai lubang b**t*t ditambah tak membuang sehingga hari ke-10 tak termasuk kena hemoroid (buasir) sampai 2 inci terkeluar tahap tak boleh duduk segala. Ha, ko nak buat kenang2an menda alah tu? Kalo story detail2 kang confirm la aku tak nak beranak lagi.

So, mehla cerita pasal jadi ibu versi aku.


HARI BEKERJA

5.30 am – Bangun pagi. Siap2kan bag nursery anak, lipat kain baju, basuh baju baby,
Siapkan breakfast, bekal nak pegi keje segala.

6.15 am – Mandi, sembahyang and kalo anak tido lagi dapatla mengaji sekejap (which is
Jarang2 dapat buat)

6.45 am – Kejut husband and anak. Bagi anak susu and siapkan anak nak hantar ke rumah
Pengasuh. Mak pesan jangan hantar anak comot2 kat rumah orang.

7.15 am – Hantar anak dan terus gi keje ngan husband. Luckily husband and I dah sama2
Keje kat KL.

7.15 am – 8.15 pm – AT WORK ( NI TERMASUKLA TRAVELLING TIME FROM
HOME – OFFICE - HOME)

Sampai rumah dlm pukul lapan suku ke lapan setengah terus ambik anak. Naik rumah cepat2 kejar Maghrib laki bini.(kadang2 terlepas and am not proud of it)

Salah sorang layan anak, sorang lagi akan masak. Kalo anak nak kat aku time tu, aku la layan anak and husband masak begitula sebaliknya. Around 10 pm, put baby to sleep lepas bagi susu salin pampers segala then baru mandi isyak dan dinner (in random order).

Lepas anak tido, kalo larat iron baju keje, husband pulak kemas dapur, basuh baju baby, sterilize bottles dsbnya. Kalo nak kena sapu rumah ke, mop rumah kitorang akan buat malam la lepas baby tido.

11.30 pm – My bedtime. Heaven! Tak boleh tido lambat sbb takut tak tersedar mlm2 nnt
anak nak susu.(Normally dia bangun pukul 1.00 am and 4.30 am) By this
time pun badan dah lunyai dah tahap jalan pun langgar pintu dinding. Mind
you it really happened!

Thank Allah that I got a very supportive, cooperative and hardworking husband. Pejam mata je la dia tak penah bangun buat susu malam2 tido berdengkur tak ingat! Dia pun penat jugak drive kan aku pegi balik keje meredah ‘jam’ Bukit Bintang kalo hari hujan rela naik beskal sebab traffic tak bergerak-gerak. Oh, My!


HARI TAK BEKERJA

Relax sikitla kecuali kalo balik kampung. Nak kena packing pulak pagi2 Sabtu tu dengan beg susu, packing kain baju bawak turun stroller, bouncer bagai masuk keta. Itu bab packing. Belum bab menyiapkan baby mandi, bagi susu, tunggu dia membuang dan segala macam hal lagi.

Itu baru baby, belum kita punya urusan lagi. Dapat mandi, gosok gigi syampu rambut pun dah cukup bagus. Sampai kampung baru sedar perut tak isi ape lagi.

Apa-apa hal pun, one thing for sure, I really enjoy motherhood! Every second of it. Especially now my baby dah pandai senyum2 bila kita agah and dah pandai borak2. Priceless!


*Kisah di ata adalah sekiranya anak tak meragam tak nak tido ke apa ke. Kalo tiba2 angin
Kus2 datang tak nak tido mcm baru2 ni alamat smapai pukul 3 la aku dok melayan dia.
Nak bagi ubat batuk cap ibu dan anak tak sampai hati pulak. Tunggula besar sikit. Hihi!
Taknak tido je, nah ubat batuk! Gerenti terus tido sampai pagi.

** Takde aktiviti malam spt bwk anak ke klinik sekiranya tak sihat dsb. Penah kitorang
masak utk dinner at 12.00 midnight sebab bwk gi klinik utk imunisation jab lepas balik
keje and klinik ramai giler orang. Sorry la to penduduk2 flat kat situ tiba2 bau ayam
goreng pukul 12.00 malam. Tiada unsur2 pemujaan di situ kecuali ade satu famili terdiri
dari ibu dan bapa yang kebuluran tapi badan tak kurus2.


~OK DAH MERAPIK MERABAN SILALAH BERHENTI MENULIS SEKIAN~

Tuesday, July 13, 2010

A Story of My Own (My delivery Experience- 11th April, 2010)

Tajuk tak ingat! Padahal nak tulis pasal kesah bersalin je pun. Better put in point form sebab I don’t wanna miss all the important parts, which I think are worth to remember la.

Due date : 12th April 2010
Estimate Weight : 2.3 – 2.5 kg (according to Dr. Jameaton) – klinik for monthly check-up
3.1 (according to Dr. Fazlina) – doctor yg akan menyambut kelahiran
Di Az- Zahrah Bangi


28th March 2010 – Mak dah dtg dr kampung in case of bersalin awal.

29th,30th,31st and 1st April – Pegi keje mcm biase. Takde tanda2 nak bersalin.

2nd-9th April – On MC. Mak insist suruh ambik MC sebab takut bersalin dalam kereta.
Perut dah ke bwah sgt. Tapi aku still OK lagi. Kalo mak takde memang
aku gi keje la.

7th April – Pegi check up kat Az-Zahrah. Dr buat Vagina Examination (VE). Kepala baby
Dah ke bawah, tapi belom engaged lagi. Opening tak sampai 1 cm pun. Tapi
Condition ok. air ketuban bnyk lg, heartbeat baby pun normal.

Sepanjang MC masa dihabiskan dgn pegi berjalan2 dgn mak ke shoppig complex, pasar malam, kemas rumah dan sebagainya. Dr kata bnyk gerak boleh cepatkan opening.

10th April (The Day)

Pagi – lepak2 kat rumah. Malas dah nak jalan2 sebab ‘outcome’ nya takde. Tak bukak2 pun laluannya. Pasrah jela tunggu baby keluar. Masa tu pun dah pikir kalo baby still tak keluar after due date, memang kitorang decide nak induce je la walaupun tau sakitnya berganda.

Petang – Tetap maintain.

Malam – Maintain jugak. Tengok Final Piala FA N9 vs Kedah. Mama (MIL) nak dtg rumah nak menjenguk keadaan aku yang tak beranak2 lagi nih. Dalam kol 9 tolong mak masak mee goreng.

10.00 malam – Mama gerak nak pegi KLIA ambik adik ipar yg baru balik dari Korea. Aku sambung tgk bola sampai habis. Seri 0-0. Sampai habis masa tambahan pun takde gol2 lagi. Tapi aku dah ade rasa sakit macam nak membuang time ni. Pegi toilet tapi tak membuang. Rupanya itulah sakit contraction. Tapi tak kerap sgt la. Selang setengah jam rasanya. Takde la sakit sgt.

11.00 malam – Masa ni rasa sakit dah kerap. Selang 15 minit. Cakap kat mak rasa mcm nak membuang, tapi pegi toilet takde ape keluar. Mak cakap tu tanda nak bersalin. Mak suruh check ade tanda2 lain tak mcm keluar air ke darah ke. Pegi check oh!! Rupanya ada darah sket keluar. Aku pun siap2 la nak pegi hospital. Husband aku pulak yg gabra. Nak masuk toilet dulu plak. Dia dah menggigil dulu.

11.30 malam - Gerak ke hospital dgn husband. Aku suruh mak tunggu rumah sebab kat labour room nnt sorang je buleh masuk. Nasib baik barang semua dah standby dlm keta. On d way ke hospital tu contraction makin kerap. Selang 5 minit. Sakit pun dah makin kuat tapi still boleh tahan lagi Boleh borak2 lagi dgn husband. Siap singgah isi minyak bagai.

12.00 malam- Sampai hospital. Sakit makin kuat lagi. Dah tak boleh berdiri tegak. Jalan pun membongkok aje. Tapi boleh naik tangga tingkat 3 lagi. 2 kali berhenti sebab sakit contraction.

Sampai je kat counter check in aku siap cakap kat nurse tu “Nurse, saya nak bersalin”. Nurse 2 orang yang jaga kaunter macam terkejut je tengok aku macam takde pape. Bila aku bongkokkan badan sebab sakit baru diorang mcm kelam kabut. Husband uruskan document aku tros masuk ward. Since aku dah booking awal, nama dgn bilik aku dah direservekan.

Terus kena salin baju pastu nurse pun tros buat CTG scan utk check heartbeat baby. Tak lama pastu bidan dtg nk check opening. Oh! Dah 4cm terbuka. Terus masuk ubat utk keluarkan najis semua. Tak sampai 1 minit tros masuk toilet.

1.00 pagi (11th April) – Aku di bawa ke Labour room tingkat 2. Sakit pun makin kuat dah rasa. Macam nak patah dah pinggang. Nasib baik dah bagitau awal2 kat nurse aku nak guna epidural. Tunggu pakar bius datang. Sakit ya amat selang 2-3 minit tahap badan berpeluh-peluh dah. Apa berlaku kat keliling pun aku dah tak peduli sebab sakit sgt ok.

1.45 pagi – Pakar bius sampai. Siap2kan prosedur nak masukkan epidural. Sebabkan terlalu sakit, aku sampai tak rasa bila doctor inject kat belakang. Orang kata 1st injection epidural tu sakit but seriously aku tak rasa. Tapi aku sempat tgk jarum tu besar jugakla.

2.45 pagi – Selesai masuk epidural. Badan aku tros menggigil. Laki aku ingat aku sejuk tapi rupanya itu effect epidural tu. Barula boleh bernafas sikit. Takdela sakit contraction lagi. Thanks to epi.

3.00 pagi – Bidan dtg check opening lagi. Dah 7 cm. So dia target aku mungkin deliver dlm pukul 6.00 pagi consider 1 jam laluan bukak 1 cm. Sambil tu dia ajar cara nak push bila dah tiba masa nanti. Dida sip suruh tido lagi to save energy utk push. Korang rasa aku boleh tido ke thinking that in a few hours aku nak lahirkan anak aku sendiri? Confirm tak bleh tido punya. Borak2 ngan husband sikit2.

3.15 pagi – tiba2 sakit ya amat kat pundi kencing belah kanan. Mcm pundi kencing yg penuh dan dipijak2 org. Makin lama makin kuat. Tengok aku dah mcm tak tahan husband aku jerit panggil bidan. Bidan tanya sakit mcm mana. Aku kata mcm contraction. Rupanya tu bukan contraction. Tu sebab kepala baby dah nak keluar. Siap mintak diorang tambah dose lagi. Bidan check opening dah 9.5 cm. What?? In 15 minutes dah bukak 2.5 cm? Terus bidan panggil Dr. Fazlina, my gynea and prepare to deliver.

3.30 pagi – Lebih kurang time ni Dr dah kata OK, boleh push. First attempt, teknik aku ke laut. Jadi baby tak keluar. Bidan ajar lagi sekali secara perlahan2. Aku ikut arahan dia. Tiap kali contraction datang, kena tarik nafas dalam2 and push. Sekali contraction boleh dua kali push. Time ni mmg dah pasrah dah. Dgn sakitnya, dgn semput nafasnya. Time ni la baru aku rasa sakit bersalin ni mcm nak mati. Aku reda kalo kata nyawa aku tak panjang time ni, janji anak aku selamat.

3.50 pagi – Rasanya kali ke-6 push baby pun keluar dgn jayanya dgn berat 2.9 kg. Since aku on epidural, aku tak tau dia keluar. Cuma rasa mcm cecair panas keluar dr bwh tu. Aku push lagi tetiba Dr kata Eh! eh! Baby dah keluar. Tak payah push lagi..Laaa, yeke? Aku pun baringla balik tanpa ade ape2 perasaan. Serious tgh blank. Dr. letak baby kat perut aku suruh pegang. Pun takde ape2 perasaan. *Blank*

Bidan ambik bersihkan baby sedut2 apa yang patut. Anak aku punya nyaring dia punya suara menangis sampai guard kat bawah pun buleh dengar. Dr pulak setelkan aku keluarkan uri, darah kotor dan sesi jahit menjahit bermula. Pun aku tak rasa sakit ke ape sebab aku request painkiller pulak.

Baby dah bersih semua, bidan bagi kat husband aku utk iqamatkan kat labour room tu jugak. Masa husband aku tgh qamatkan baru dtg rasa sayu, terharu, tak percaya dan mcm2 rasa lagi smpai airmata aku mengalir. Sedih sgt time tu.

4.15 pagi – telefon mak kat rumah bgtau dah bersalin. Cakap ngan mak baru menangis. Camni rasanya mak bersalinkan aku dulu. Mesti lagi sakit sebab mak bersalin kat rumah je.

5.45 pagi – Baru selesai segala hal kat labour room. Aku pun ditolak naik ke ward. Barula spread the news on the arrival of our daughter. Nasib aku booking 1 room/person
So dapatla aku spend time ngan husband and baby sekejap sementara tunggu subuh. Husband aku later balik ambik mak kat rumah kitorang.

6.00 ptg – Discharge on the same day. Tak nak duduk hospital lama2 sebab kesian kat mak. Lagipun org asyik datang nak berehat dgn aman pun tak boleh. Bayangkan sepanjang kat ward aku tak tido pun.

Keluarla aku dari Az- Zahrah tu sebagai seorang ibu dengan bil RM2,069.75. Sangat berbaloi2. Terima kasih kat Dr. Fazlina and the team sebab menjadikan pengalaman bersalinku kali pertama ini sesuatu yang indah, mudah dan bermakna. Alhamdulillah. Bersalin tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Terima kasih semua.

Tuesday, July 6, 2010

S.T.I.L.L


Still...finding time to write about the delivery xperience.

Last night, for the first time ever since she was born, my daughter got sick. She had batuk and selesema. Sgt sedih ok tengok baby batuk-batuk, muntah dan sesak nafas. I almost cry to see her like that but then I remind myself that I'm a mother now. Whatever the situation is, no matter how hard and difficult to handle it, I have to be strong. If not me, who else? Cry only makes me weaker. It doesn't help at all.

And i didn't cry at all when I gave birth to her.It amazed me! It was painfull but i managed to endure it.

Tuesday, June 29, 2010

Baby is finally arrived. A day before due date. The baby is a girl. Named Adelia Nur. I should write a proper entry for her. Later. Starting from the first contraction i discovered. And i had no idea that it was a contraction. Later.

**Giving birth is the most amazing and precious moment I ever experienced in my 29 years of
life...despite all the pains...

Tuesday, March 16, 2010

Wednesday, December 30, 2009

Malasnya nak masak!!!

Hari ni awal2 lagi laki aku dah request nak makan ayam masak lemak cili api. Ingat baru nak buat ayam masak merah. Lain kali la nampaknya. Semalam dia masak sambal ikan tongkol tapi rasa macam sambal sardin. Pelik tak? Dahla dia tak makan sardin. Padanla muka terkulat2 makan "sardin ikan tongkol" dia tu.

Nak kena singgah kedai plak. Kunyit idup ngan kentang takde. Santan pun kena tambah sekotak lagi. Ada tinggal setengah kotak je kat umah tu. Muak btol la masak lemak tu.... Nasib baikla aku dah boleh bedal semua. S.E.M.U.A. Takde dah mabuk2 jalanan lagi.

Hiissshh!! Kacau la, orang nak tgk citer korea pukul 7.30 mlm tu. Dah hari-hari follow macam best la plak.

Tuesday, December 29, 2009

Nak pergi ke tak ?

Sabtu ni asy (adik) dh nak balik kedah. aku plak dah terbukak mulut kat azra best jugak kalo gi jalan2 kat penang (sambil makan2).azra dah excited giler. mula- mula aku pun excited tapi makin lama makin tak excited bila pikir banyak benda nak buat kat rumah. balik jalan2 nanti mesti penat.
Nak cat rumah lagi, nak pegi beli barang baby lagi, nak servis kancil lagi, tak termasuk kerja rutin macam kemas rumah, iron baju dan sebagainya...
Tapi kalau tak pergi jalan2 sekarang bila lagi? Nanti anak dah keluar dah tak boleh nak enjoy dah berdua. Sekarang boleh lagi la jalan2 bawak backpack. Nanti dah ada anak nak kena bawak bakul susu, beg baju dia, diapers etc..
So kesimpulannya, pegi je la hantar asy pastu jalan2 kat penang. Aku nk gi penang ni sebab nak makan nasi kandar, laksa penang, kari kepala ikan dan macam2 lagi food orang penang ni. tu yang buat excited terlebih tu.
Tapi, rasa malas ni memang potong stim betulla...
Pegi ke tak? Tapi dah rasa 70% nak pegi sekarang nih. Pikir positif, pikir makan. InsyaAllah...

Friday, December 4, 2009

i just want to eat home cook meal. salah ke?

seriously i don't understand. if people tell you last minute that he/she is already on their way to your house, and you are in the midst of preparing dinner, should you just continue your business or call it quits and wait for them to arrive and bring them dinner somewhere instead? and you as well just arrive home after one and half hour drive from office. and pregnant. and need to wake at 6.00 am next morning.


you choose.


i choose to continue with my own business, doing my routine, and wait for the guest. of course, i will prepare extra food for the guest. and guest, please don't expect too much from me because you don't notify earlier.



i am sick. just sick.

Wednesday, December 2, 2009

Ehem!

Lllooooooooonnnnnnngggggggg silence...

And now i'm back!!

1. My last post was on June 27th. i was not in the best of health since July due to reason you-know-what lah kan

2. Feeling much better lepas raya but still not 100% ok.

3. Completely ok in end of Oct.

4. But then busy with preparation for you-know-what.

5. Still under preparation. Almost 50% completed. Pending the shopping part.

6. Start hibernate in February next year. Ooopppsss!! My sister getting engage in this month. Of all the months in a year...

7. End March/early April, welcoming the baby!!

8. Confinement until end May or early June.

9. July - sister 's wedding. Again, of all the months, dia nak jugak buat time aku tgh GEM_ _.

10. Aku free lepas nih.

And most of all kenapa aku tak memblog adalah kerana





I FORGOT MY PASSWORD





ingatkan kukudabacato, rupanya kuku........